Assalammualaikum

Nak share sesuatu yang aku jumpa kat facebook yang aku rasa kita perlu tahu? 

“Mungkin tidak ramai yang tahu 4 September setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Hijab Sedunia rentetan daripada peristiwa Larangan Bertudung oleh Kerajaan Perancis terhadap Wanita Muslim pada 4 September 2002. Hari ini genap 11 tahun ia diraikan.”

Syukur… Disini kita masih diberi peluang pertahankan hak kita sebagai Muslimah sedangkan mereka disana bermujahadah mati-matian mempertahankan hak sebagai seorang muslimah yang taat. Tetapi, apa yang dapat saya katakan konsep berhijab pada hari ini lebih ke arah mengejar fesyen. Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya.
Rakan-rakan Muslimahku.. I want the term ‘muslimah’ to bring a picture of modesty & not the image of a fashion diva wearing excessive make-up with a cloth wrapped on her head. Ini satu penghinaan buat kita wanita Muslim.. “
So, sekarang jom kita dengar lagi ni, (pause dulu lagu kat blog ni dulu ye? =))

Sedikit perkongsian dari “KONVENSYEN BIDADARI DUNIA”.. semoga bermanfaat utk kita semua..

“Semua lelaki hebat itu terlahir dari rahim wanita. Kejadian lelaki itu dari asuhan dan didikan wanita, apabila kamu berkehendakan pemimpin yg bijaksana, maka didiklah wanita itu dengan kesopanan yang tinggi dan mulia”.

Sayonara !