Tawani Hati Pengunjung Laman Web Anda dengan Gambar dan Video

´╗┐Tawani Hati Pengunjung Laman Web Anda dengan Video dan Gambar



Seperti yang kita tahu dunia sekarang adalah dunia digital yang berlalu begitu pantas, di mana setiap perkara adalah di hujung jari anda, tidak ramai akan berhenti sebentar hanya untuk menikmati pemandangan indah di hadapan mereka. Ia adalah satu perkara yang baik bahawa orang masih berpeluang untuk bernafas walaupun hidup pada zaman yang menyesakkan ini di mana semua orang mengejar tidak berhenti walaupun untuk seketika dalam mengejar impian mereka. Oleh itu, untuk semua pemasar atas talian di luar sana yang hendaklah tahu bahawa kandungan yang berkualiti pada halaman anda akan menjadi perkara yang pertama yang diberikan tumpuan oleh pengunjung dan harus diberikan perhatian yang tinggi untuk mendapatkan rank lebih tinggi dalam search engines result page (SERPs). Apakah yang membuatkan anda terfikir bahawa dengan artikel yang pintar dan panjang lebar sahaja cukup untuk menang hati penonton anda? Tiada siapa yang benar-benar mempunyai masa untuk memikirkan setiap perkara yang anda taipkan dalam artikel anda tidak kira betapa pentingnya satu point tertentu adalah untuk anda. Oleh itu, mengapa tidak mencari alternatif kepada isu ini dengan menambah video dan gambar ke kandungan anda? Biarkan video dan gambar yang berbicara!


Video


Sejajar dengan apa yang telah ditulis diatas, artikel pendek ini akan menerangkan secara ringkas mengapa anda perlu untuk meletakkan video di laman anda.


Sampaikan Maklumat dengan Cepat dan Mudah
Pertama sekali, ia adalah kerana video cenderung untuk menyampaikan maklumat lebih cepat dan lebih mudah. Sama seperti apa yang saya nyatakan sebelum ini, semua orang masa kini sentiasa bergegas dalam kehidupan seharian, jadi janganlah kita buang walaupun sesaat dalam hidup mereka untuk membaca sesuatu yang panjang apabila anda hanya boleh merumuskan 5 minit bacaan kedalam sebuah video yang berdurasi 2 minit penuh dengan maklumat yang berharga.


Sampaikan Mesej dengan Cara Unik
Perkara yang lain adalah kerana video mampu untuk menghantar mesej dengan cara yang unik. Saya rasa semua orang menghadapi masalah yang sama apabila ia melibatkan kepada teks bertulis. Nada suara. Banyak salah faham yang berlaku akibat cara yang berbeza seseorang membaca maklumat. Oleh itu, dengan menggunakan video untuk menggantikan penjelasan panjang lebar anda, anda boleh menggunakan nada suara yang betul dan ekspresi muka yang tepat serta menunjukkan bahasa badan yang betul dalam menyampaikan mesej anda kepada penonton.


Aktifkan Emosi Penonton
Selain itu, video juga boleh mengaktifkan emosi. Maksud saya, jika gambar boleh bercakap seribu perkataan, bayangkan apakah gambar yang bergerak boleh katakan? Anda harus mendapatkan jumlah ulasan-ulasan yang tinggi pada halaman anda kerana video yang anda post-kan untuk penonton anda. Perkara yang penting, adalah untuk menjadi kreatif dalam memilih atau mehasilkankan video anda. Pastikan ia sesuai dengan kandungan anda dan jika boleh, tambah sedikit humor kepadanya. Hidup terlalu singkat untuk menjadi serius sepanjang masa.


Tingkatkan Penglibatan Penonton
Di samping itu, video juga akan meningkatkan penglibatan di antara anda dan penonton anda. Anda juga boleh menganalisis keberkesanan video anda melalui perisian analisis supaya anda boleh meningkatkan kualiti kandungan video anda untuk mendapatkan jumlah view yang lebih tinggi dalam masa terdekat. Tambahan pula, video yang disiarkan, katakan jika ia dipenuhi dengan mesej yang berkualiti, ini juga akan meningkatkan peluang untuk laman web anda untuk dipromosikan oleh penonton anda. Ini akan membantu anda untuk mendapat organic outreach kepada link lain dengan percuma.




Jika kita ringkaskan, ianya dapat dilihat bagaimana video harus alat go-to terbaru yang patut ditambah kepada kandungan yang berkualiti anda untuk anda untuk mendapatkan kedudukan yang lebih tinggi dalam SERPs, sama ada dalam SEO Malaysia mahupun di luar negara. Tambahan pula, dengan peningkatan dalam jumlah vloggers di negara kita juga merupakan tanda bagi kita, pemasar atas talian, untuk berjalan di atas jalan yang baru dalam pemasaran business kita selari dengan kelajuan masa digital.


Gambar
Walaupun video merupakan satu alat yang terbaik untuk meraih pengunjung, kita jangan lupa kepada pentingnya penggunaan gambar dalam kandungan laman. Mengapa pula kita perlu membuang masa dengan membacanya apabila penulis boleh hanya sekadar meletakkan lebih banyak gambar dengan penjelasan di bawah yang boleh menerangkan apa yang sebenarnya berlaku. Dalam era di mana kamera berkualiti tinggi melekat pada telefon anda dan juga pencetak berwarna boleh didapati di kebanyakan isi rumah, bantuan visual kini boleh dikatakan satu instrumen penting dalam penghasilan sesuatu kandungan.
Pencipta kandungan di seluruh dunia, terutama anda semua yang tinggal di Malaysia, perlu mengambil perhatian bahawa dunia kini sedang berubah, begitu juga citarasa penonton. Lebih banyak platform multimedia perlu terlibat dengan kandungan untuk menjadikan ia lebih berkualiti tinggi kerana kandungan adalah kunci kepada pemasaran. Pencipta kandungan kreatif, terutama orang-orang yang mempunyai tujuan untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam SEO, patut memasukkan lebih visual ke halaman mereka.


Halaman anda akan Kelihatan Lebih Menarik
Pertama, sudah tentu ia adalah disebabkan oleh hakikat bahawa ia akan menyebabkan halaman anda untuk kelihatan lebih menarik di depan mata pengunjung laman anda. Walau bagaimanapun, anda harus pastikan untuk memilih imej yang sesuai, yang berkaitan dengan post yang anda post-kan. Selain itu, kemasukan imej pasti akan meningkatkan trafik anda jika anda mengoptimumkan Alt text dan image description panels pada tetapan anda. Pastikan imej yang anda gunakan dinamakan dengan nama yang sesuai yang terbaik manakala Alt text harus mengandungi kata kunci yang anda inginkan untuk naik ke kedudukan yang lebih tinggi dalam SERPs.
Pautan ke Laman Lain
Di samping itu, katakan jika penonton anda, tidak hanya suka pada kandungan anda, malah juga penggunaan visual anda, kemungkinan yang anda akan dipautkan ke laman web lain kesan daripada promosi percuma yang anda dapat daripada penonton anda. Mereka akan berkongsi halaman anda di media sosial dan pelbagai platform dalam talian. Bayangkan berapa banyak klik yang akan anda dapat jika penonton anda mempunyai lebih daripada satu ribu atau juta pengikut.
Kandungan Kelihatan Lebih Banyak
Selain itu, memasukkan gambar untuk kandungan anda juga akan membuat penampilan kandungan anda nampak lebih panjang daripada yang asalnya. Ya, saya tahu ia tidak meningkatkan jumlah patah perkataan, tetapi percayalah yang ia akan memberi efek panjang kepada kandungan anda. Jika anda sedang mencipta satu kandungan garis panduan langkah demi langkah, atau helah atau tutorial, memasukkan imej akan menjadi sangat membantu dalam membuat penonton anda memahami penjelasan yang lebih baik.
Kesimpulannya, pencipta kandungan, terutama mereka yang bekerja dalam pemasaran perniagaan dan hasrat mereka untuk mendapatkan kedudukan yang lebih tinggi dalam SERPs, sama ada melalui SEO di Malaysia atau di luar negara, hendaklah mengambil inisiatif untuk meletakkan alat bantuan lebih grafik dan visual ke kandungan halaman mereka. Nah, sudah tentu, tidak hanya dengan imej yang perlu dimasukkan, tetapi juga visual lain seperti poster infographic, video dan sebagainya, untuk membuat kandungan yang lebih mesra pengguna, sekali gus, meningkatkan kedudukan anda dalam enjin carian.