Kalau Pergi Luar Negara Nak Pergi Mana?

Assalammualaikum

Tempat yang nak pergi

Setiap orang mestilah ada tempat yang naaaaaakkkk sangat pergi kan? So kali ni nak share tempat yang aku naaaakkkkk bebenor perginya =)

Italy ! Nak pergi Italy sebab suka tengok bangunan diorang. Start suka ni bila tengok cerita Disney, Lizzi Mcguire Movie lakonan Hilary Duff. Masa tu kan diorang pergi trip ke Rom and lepastu orang ingat dia artis popular kat Rom sebab muka Lizzie tu sama dengan artis tuh. hikkss Lepastu kalau pergi Italy mestilah perlu rasa Pizza diorang ! =)

Lagi satu, nak pergi Jepun! Dah guna nama pun Diera Tekikushika, mestilah kami ada berangan jugak nak ke Jepun. hehe Bukan apa Jepun ni kan dia punya semangat patriotik gila menebal kan, sebab tulah agaknya diorang ni boleh maju kot. Kalau dari segi kemajuan teknologi jangan cakap ah. Robot dia tuh cepat 10 tahun ! hurrmmm 

Dan kalau ditanya negara mana aku nak pergi, dalam skala jiran tetangga Malaysia, aku teringin nak pergi Brunei. Yelah, Brunei ni kan macam berita daripada negara diorang yang jenis sensasi-sensasi kan rasa macam takde. Tak tau lah kot aku salah sumber untuk Brunei news ke kan. Aleh-aleh kuor berita perkahwinan anak Sultan Brunei.  Hurmm tapi tak kira nak jugak pergi sebab nak tengok apa yang rakyat Brunei tengah buat sekarang ni ek.  Suka dengan Brunei ni sampai aku buat untuk assignment International Business tau ! Orang lain dok sebok nak bukak business kat Australia lah, Amerika lah, Singapore lah, group aku cool je cakap “Brunei Madam !” Alamak cakap pasal assignment ni, rindu pulak zaman belajo. huuuu T_T
Okaylah, nak pergi 3 negara ni. Kalau cakap nak pergi luar negara nak pergi mana, ni adalah antara top 3 daripada 5 pilihan hati.  Haaa yang lagi dua tu, UAE dan Australia/London.  
Korang pulak??

Sayonara !