Faizal Tahir Salah Seorang Inspire AF 2013

Assalammualaikum

Hui hui cerita Faizal Tahir kembali menghangatkan blog ini. Cepat kemari kami ingin menyebarkan terbaru Faizal Tahir dipilih sebagai Inspirer untuk program realiti yang kembali menyinari dunia muzik iaitu Akademi Fantasia 2013.  Selain Faizal Tahir, Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslow juga merupakan antara barisan artis yang bakal berkongsi pengalaman dan ilmu dunia seni yang perlu bersama bakal pelajar Akademi Fantasia 2013.

Selain itu, dua orang pereka tari yang cukup berpengalaman dalam bidang tarian iaitu Alam Wakaka (#AlamWakaka) dan Suhaili (#Suhaili) telah dilantik sebagai Koreografer. Manakala pelakon popular tanahair iaitu Fizz Fairuz (#FizzFairuz) pula akan menyertai AF 2013 sebagai Guru Seni Persembahan.
“Melihat kepada pengalaman dan pencapaian dalam bidang masing-masing, kami percaya ilmu tersebut dapat memberi manfaat dan dikongsi bersama bukan sahaja bersama para pelajar tetapi juga penonton-penonton di rumah. Persetujuan dan komitmen mereka untuk terlibat dengan keluarga AF 2013 amat dihargai dan saya pasti musim ini akan lebih meriah dengan kehadiran mereka,” Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.

Antaranya:

  • Konsert Prelude Top 24 – 6 September 2013 jam 9.00 malam di portal rasmi AF 2013 iaitu www.af.com.my dan www.youtube.com/astrogempak. 
  • Konsert Prelude Top 12 – 7 September 2013 jam 9.00 malam yang turut bersiaran secara langsung di portal rasmi AF 2013 iaitu www.af.com.my dan www.youtube.com/astrogempak. 
  • Program AF Buzz – setiap hari Isnin bermula 9 September 2013 jam 9.00 malam. Dalam program ini, tiga orang panel akan membincangkan secara lebih terperinci tentang AF 2013. 
  • Diari AF – setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 9.00 malam bermula pada 10 September 2013. 
  • TGIAF (Terus Gempak….Inilah AF 2013) – bersiaran bermula 13 September 2013 jam 9.00 malam setiap Jumaat.  
  • Konsert AF – setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 14 September 2013.

Tiba-tiba excited nak tunggu AF kali ni. Haih. Kuat lagi aura Faizal Tahir neh. hikksss.
SUMBER:FANPAGE FAIZAL TAHIRMURAI.COM

Papai !