Assalammualaikum

Wah, kembali menceritakan kisah hidup aku dalam blog ni.  Kan dah seronok duduk berehat sebulan masa bulan puasa tu kat rumah, tiba pulak masa nak berjalan sakan kat Johor.  Lepas seminggu raya terbanglah aku ke Johor.  Duduk sana seminggu, tiap-tiap malam dok ajak Along keluar, sampai dah sakit segala sendi otot pakat berjalan sakan.  Maklumlah, belajar dah habis, takde nak buat ape, kerja pon belum, so konon macam hidup bebas gitu. =)

So, plan pertama nak pergi tengok wayang, spot cerita Adnan Sempit 3.  Mula-mula nak guna baucer ZALORA, tapi tak jadi sebab bila surf waktu tayangan kat website TGV tu tak kena waktu.  So, pilih punya pilih, pergi jela ke Cathay Cineplex kat CS. Orang Johor mesti tau kan? =_=  Oh by the way, cerita dia okay, korang boleh pergi tengok.

Oh ya, sekarang dah senang kan nak cari parking kat CS JB sebab dah ada lampu merah dan hijau tu kan?  Tiba-tiba aku jakun sekejap tau, tak sangka kat Malaysia ada, yela dah la baru pas tengok video kat Korea ke Jepun tu, yang cara nak jimat petrol time cari parking tuh, diorang pasang belon “HERE” tu. =)  Kat tempat lain within Malaysia ada lagi tak? Just share lah.. hehe
After that, kitorang pergi ke Dataran JB untuk makan steambot. Nak tau tak walaupon aku orang Johor tapi itu baru kali kedua aku makan ka situ. ngeh ngeh ngeh.

Ini pula satu-satunya gambar aku pergi beraya, itupun dah raya ke 10. Tudung baru katakan, #aidijumakerawang by Aidijuma. hehe.  Tak terpikir pun nak amek  gambar pakai baju raya, sebab mungkin raya tahun ni agak suam =_=
Sooo, itulah cerita aku sekarang ! Bosan kan? hikksss
Lepas ni, KL GANGSTER 2 ! tapi macam ada orang nak gi tengok VIKINGDOM lah. ehek

Papai !